Saturday, May 14, 2011
~ Ganu…Bumi Tercinta ~
Di sini aku berteduh
Di sini aku bercambah
Di bawah cahaya matahari memancar
Di bawah hujan permata
Dan di sini tempat aku berpijak.
Dari benih terpilih ia tumbuh
Bertunas bugar hijau berkilau
Pejam celik pejam celik
Tak kusedar ia membesar.
Kukuhnya berdiri tersergam megah
Gah bagaikan pahlawan
Berdiri kotak-kotak bangunan.
Di tepinya mengalir perlahan
Percikan air mendamaikan
Membuatkan kurasa benar-benar teruja.
Ini tempat tumpah darahku
Ini bumi tercintaku
Terengganu
Namamu masyhur serata alam
Pohon-pohon subur menghijau
Kelicap kenari gembira berterbangan.
O Terengganu!
Bumi tercintaku
Aku melangkah penuh kebanggaan
Terima kasih…
Wednesday, April 06, 2011
Cinta.. gilor
Cinta…
Cinta…
Cinta itu lahir dari hati
Cinta itu datang dan pergi
Cinta membuahkan keikhlasan
Cinta menyatukan ikatan.
Pada siapa kau mencinta?
Untuk apa kau bercinta?
Andai cinta itu menyelit kelukaan
Andai cinta itu menyusahkan.
Cintaku
Cinta yang suci
Terbit dari hati yang murni
Intim maknanya
Tidak berpura-pura.
Cintaku
Bukan kerana nafsu
Aku mencintai pada yang menyayangi
Aku menyayangi pada yang memahami
Cintaku
Cinta abadi…
gilor...
gilor...
Subscribe to:
Posts (Atom)